KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Kelantan berhubung keputusan melaksanakan cadangan perubahan kepada Pelan Pembangunan yang berkaitan dengan pengubahsuaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) negeri tersebut.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad menggariskan empat implikasi besar sekiranya cadangan perubahan itu dilaksanakan yang berkait rapat dengan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi serta kemampanan alam sekitar Hutan Simpan Kekal (HSK) di Kelantan.
Katanya, ini menjejaskan dasar Kerajaan dalam mencapai 50 peratus keluasan tanah berhutan di Semenanjung Malaysia selaras dengan polisi Rancangan Fizikal Negara (RFN).
Pengekalan HSK sebagai KSAS akan memastikan kawasan tersebut tidak boleh dibangunkan secara sewenang-wenangnya pada masa hadapan.
Selain itu, cadangan pengeluaran KSAS di Jajahan Gua Musang dikhuatiri akan menjejaskan status Taman Negara Kelantan.
"Kedua, pengeluaran daripada jumlah KSAS sedia ada dari Jajahan Jeli dan Gua Musang adalah hampir 88 peratus dan ini akan menjejaskan rangkaian ekologi Central Forest Spine dan keseimbangan ekosistem di Negeri Kelantan kerana kawasan tersebut merupakan KSAS Tahap 1 yang merangkumi Kawasan Perlindungan sedia ada.
"Populasi Harimau Malaya dan lain-lain spesies di Kelantan termasuk gajah, seladang dan tapir akan terjejas disebabkan oleh kehilangan habitat selain menjejaskan pergerakan haiwan-haiwan tersebut dari negeri-negeri bersebelahan iaitu dari Perak, Pahang dan Terengganu.
"Kehilangan habitat akan meningkatkan konflik manusia dan hidupan liar yang menyebabkan kerugian akibat kemusnahan hasil tanaman dan kerosakan harta benda serta kehilangan nyawa.
"Sebagai contoh, bagi tempoh 1996 hingga 2023, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menangkap sebanyak 24 ekor gajah konflik di kawasan Kuala Krai, Kelantan dan memindahkannya ke habitat yang lebih sesuai," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, tindakan tersebut juga akan memberi impak secara tidak langsung kepada morfologi sungai dan aktiviti guna tanah akan memberi kesan kepada pergerakan sedimen ke dalam sistem sungai dan seterusnya menyumbang kepada kekeruhan sungai.
"Pergerakan sedimen akan menyebabkan sungai menjadi cetek seterusnya menyebabkan kejadian banjir manakala hujan di kawasan tinggi yang telah dibuka akan menyebabkan gelinciran tanah yang membawa lumpur, batang kayu dan batuan ke kawasan kaki bukit dan menyebabkan kepala air," jelasnya.
Selain itu, beliau menjelaskan penebangan hutan yang tidak terkawal hasil daripada pengubahsuaian KSAS juga dilihat dapat menyumbang kepada masalah banjir.
Katanya, selama lebih dari satu dekad, Kelantan masih menghadapi isu banjir kilat dan fenomena itu dilihat semakin serius disebabkan oleh kemusnahan hutan akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal.
"Hutan berperanan sebagai "span semulajadi" dalam menyerap air hujan. Oleh itu, pokok memainkan peranan penting dalam menghalang aliran sedimen dan mengekalkan air, menjadikannya komponen penting dalam memelihara persekitaran yang stabil.," ujarnya.
Pada 21 Oktober lalu, Nik Nazmi berkata, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan supaya Kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), kecuali kawasan punca air atau tadahan air, tidak lagi diklasifikasikan sebagai KSAS di Negeri Kelantan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan kali ke 22/2020.
Tambahnya, pelaksanaan keputusan ini masih di peringkat draf Pengubahan Rancangan Pemajuan di Negeri Kelantan di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Kelantan sedang
melaksanakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bermula pada 11 Oktober 2023 hingga 11 November 2023.
Sehubungan itu, Nik Nazmi berkata, NRECC sentiasa komited dalam memastikan sumber hutan dan kepelbagaian biologi kita terus dijaga, diuruskan secara mampan dan digunakan secara bertanggungjawab.
Tegasnya, Kementerian berpandangan bahawa kawasan sensitif alam sekitar ini sedia ada di Negeri Kelantan hendaklah terus dikekalkan dalam Rancangan Pemajuan (Rancangan Struktur Negeri, Rancangan
Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas) bagi memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi serta kemampanan alam sekitar HSK di Negeri Kelantan dapat dipelihara.
"Saya berharap agar Kerajaan Negeri Kelantan menimbang semula cadangan pengubahan Rancangan Pemajuan melibatkan KSAS di Negeri Kelantan tersebut dan bersama-sama dengan NRECC untuk
memperkasakan pengurusan dan pembangunan hutan serta mengekalkan kawasan hutan sedia ada (forest land remaining as forest land) demi kelestarian alam sekitar," katanya.
Afiezy Azaman
Fri Oct 27 2023
Nik Nazmi menjelaskan penebangan hutan yang tidak terkawal hasil daripada pengubahsuaian KSAS juga dilihat dapat menyumbang kepada masalah banjir. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
NRES tekad kukuh agenda pemuliharaan biodiversiti
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini.
Kerajaan negeri diseru pinda enakmen berkaitan hutan, masukkan kaedah penyiasatan awam
Semua kerajaan negeri diseru untuk melaksanakan pindaan terhadap enakmen berkaitan hutan negeri masing-masing dengan memasukkan kaedah penyiasatan awam,
PM dijangka ke Sempadan Rafah, hantar bantuan untuk Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
Pembinaan terminal baharu LTSIP fasa dua dilaksanakan serta-merta - Nik Nazmi
Pembinaan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa dua akan dilaksanakan serta-merta, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Aktiviti plogging beri impak positif terhadap kelestarian alam sekitar - Nik Nazmi
Aktiviti plogging iaitu beriadah sambil mengutip sampah, dilihat mampu memberi impak positif terhadap kelestarian alam sekitar di negara ini.
Op Gempur Raya: 39 kompaun dikeluarkan terhadap kilang seluruh negara
Sebanyak 97 tindakan termasuk 39 kompaun berjumlah RM78,000 dikeluarkan terhadap kilang di seluruh negara selepas didapati melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Undang-undang atasi pencemaran plastik dikaji semula - Nik Nazmi
Katanya, undang-undang sedia ada bersifat 'fragmented' iaitu pelaksanaannya bergantung kepada PBT mengikut kesesuaian lokaliti dan konteks.
Penggunaan teknologi, inovasi perlu diperkukuh untuk kekalkan khazanah hutan negara - Nik Nazmi
Beliau berkata kerajaan terus komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan.
Operasi pembenihan awan perlu waktu sesuai berikutan kos tinggi - Nik Nazmi
MetMalaysia akan memberi panduan waktu yang sesuai untuk melaksanakan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) berikutan cuaca panas di negara ini.